KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengulangi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tugas dan peranannya di syarikat pelaburan strategik negara itu hanya wujud pada nama.
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata berdasarkan kuasa dan kawalan mutlak dilaksanakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas SRC, beliau tidak dapat melaksanakan tugas dan peranannya (sebagai pengarah) secara realiti.
Shahrol Azral berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman sivil AS$1.18 bilion yang difailkan SRC terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil.
Beliau juga menafikan dakwaan Najib bahawa beliau bersalah atas segala tindakan, kelalaian, salah laku, pelanggaran kewajipan dan tingkah laku yang merupakan punca efektif dan sebenar sebarang kerugian yang didakwa dialami oleh SRC.
"Pada masa itu, saya mempercayai Datuk Seri Najib (defenden pertama) dan Nik Faisal (defenden dua) apabila mereka memaklumkan kepada saya bahawa SRC ditubuhkan untuk menjalankan pelaburan strategik bagi kepentingan Malaysia.
"Perlu diingatkan bahawa Datuk Seri Najib ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Saya juga dimaklumkan bahawa bagi tujuan projek sedemikian, SRC memerlukan dana yang banyak.
"Oleh itu , terdapat keperluan untuk memohon kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk mendapatkan pinjaman," kata Shahrol dalam kenyataan saksinya.
Beliau berkata selepas pinjaman diluluskan dan dikeluarkan oleh KWAP, Nik Faisal memaklumkan kepadanya bahawa SRC sedang mengusahakan dua pelaburan lombong arang batu yang besar di Indonesia dan Mongolia dan perlu menyalurkan pinjaman secepat mungkin supaya tidak terlepas peluang pelaburan yang baik.
Shahrol Azral, dinamakan sebagai pihak ketiga responden bersama-sama empat bekas pengarah, berkata Najib dan Nik Faisal membuat representasi palsu dan mengelirukan kepada Lembaga Pengarah SRC termasuk beliau, berhubung sifat dan tujuan sebenar pengeluaran dana RM4 bilion itu daripada pinjaman KWAP.
"Selain itu, pada masa itu, tidak ada alasan yang munasabah untuk saya mengesyaki bahawa apa-apa yang meragukan atau dipersoalkan sedang berlaku dalam SRC.
"Seingat saya, saya masih ingat memberitahu Nik Faisal bahawa memandangkan jumlah besar yang terlibat, projek pelaburan berkaitan yang disebutnya perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Sementara itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, saksi itu menggambarkan Najib sebagai memiliki gaya seorang 'grand chess master' yang mengatur segala-galanya apabila memudah cara projek untuk SRC serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharu memulakan tindakan saman sivil terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai defendan pertama dan kedua.
SRC mendakwa semua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah. Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.
Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 15 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Shahrol Azral berkata, beliau tidak dapat melaksanakan tugas dan peranannya (sebagai pengarah) secara realiti. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Tugas dan peranan saya hanya pada nama - Bekas Pengarah SRC
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengulangi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tugas dan peranannya di syarikat pelaburan strategik negara itu hanya wujud pada nama.